Biodata Ringkas : Mohamad Fakhrurrozi bin Haji Daud - Mohamad Fakhrurrozi Daud

Maklumat Terkini

Home Top Ad

Post Top Ad

Jumaat, 20 November 2020

Biodata Ringkas : Mohamad Fakhrurrozi bin Haji Daud


Pada tanggal 11 Ogos, sayup-sayup kedengaran suara tangisan dari mulut seorang bayi kecil yang baru sahaja selamat dilahirkan seawal pukul 9:00 malam di Kampung Seberang Titi Keretapi, Anak Bukit, Kedah Darul Aman. Anugerah Allah buat kedua pasangan suami isteri, Haji Daud bin Haji Yusoff dan Hajjah Siti Daharah binti Haji Yahya, yang diberi nama Mohamad Fakhrurrozi bin Haji Daud dan merupakan anak yang keenam dari enam adik-beradik bagi kedua pasangan ini.

Bermula didikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Amar Di Raja, Alor Merah, Alor Setar, Kedah dan kemudiannya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Darussaadah, Titi Besi, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah.

Alhamdulillah kini, sudahpun bekerjaya dan telah berumahtangga pada 23 Disember 2011 dengan pasangan bernama Noreatikoh binti Che Sham..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Bottom Ad